Waspada! Jangan Sampai Harga Emas Buat ‘Gila’

4,032

Debaran mesyuarat polisi FOMC yang semakin terasa membuatkan dagangan emas diperdagangkan berhati-hati.

Ketika pasaran menuju ke pembukaan sesi Eropah, spot emas didagangkan berlegar di sekitar harga $1,736 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula meningkat pada $1,734 per auns (2.30 petang waktu Malaysia).

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun masih memaparkan pengukuhan di sekitar tahap tertinggi satu tahun pada 1.63%. Namun begitu, berbeza dengan kenaikan yang dipamerkan hasil bon, US dolar nampaknya didagangkan dengan lebih berwaspada.

Para pelabur dilihat berhati-hati dengan menunggu pemangkin baru dari kenyataan susulan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell selepas keputusan dasar pada awal pagi Khamis.

Kali terakhir Powell bercakap secara terbuka adalah di webinar Wall Street Journal, di mana beliau mengatakan peningkatan hasil perbendaharaan tidak memberi kerisauan buat bank pusat.

Bagaimanapun, dalam pertemuan kali ini, Fed mungkin akan kekal atau mengubah pendirian mereka terhadap pasaran bon semasa yang pastinya akan mempengaruhi arah pergerakan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat