‘Wayang Kulit’ Taiwan Memasuki Dunia NFT Untuk Kekal Relevan

245

‘Salah satu cara terbaik untuk menyampaikan tradisi kepada dalam dunia era moden. Macam biasa kalau dekat Malaysia lambat lagi lah nak jadinya.’

Sekumpulan dalang (puppeteer) dari Taiwan sedang mengusahakan jalan untuk membawa seni tradisionalnya ke dalam era moden dengan beralih ke konspe non-fungible token (NFT) bagi kekal relevan.

Pili International Multimedia, sebuah studio rancangan TV yang memaparkan boneka bertualang, berpangkalan di Yunlin Country, Taiwan menyatakan hasrat untuk menggunakan NFT sebagai sumber pendapatannya.

Menurut pengarah kumpulan Pili, Seika Huang, perkembangan teknologi berlaku sangat pantas dan pendekatan terbaik supaya tidak ketinggalan adalah dengan meneroka peluang, bukannya memerhati.

Ekoran daripada itu, Pili telah bekerjasama dengan syarikat teknologi pemasaran, VeVe yang bertanggungjawab menjual NFT mereka.

Dikatakan, Pili telah menukarkan 4 daripada watak bonekanya ke dalam bentuk digital dan sebanyak 30,000 set watak tersebut telah dijual sebagai NFT di platfrom Veve.

Tambah Huang, ketika penyenaraian awal di VeVe, NFT mereka telah habis dijual dalam masa beberapa minit dan Pili merancang untuk menambah koleksi NFT mereka dengan menukar sehingga 50 watak boneka lain ke bentuk digital.

Sebagai pengetahuan, boneka buatan Pili yang dipaparkan di rancangan TV adalah sebahagian daripada budaya hiburan jalanan tradisional Taiwan yang sering menceritakan kisah-kisah keberanian dan pencintaan dengan element seni mempertahankan diri.

Hampir sama dengan Wayang Kulit di Malaysia, boneka-boneka tersebut dibuat dengan teliti termasuk pakaian yang dijahit kemas hingga ke helaian rambut, dan digerakkan oleh dalang yang mahir semasa penggambaran pertujukan.

Berbalik ke kisah asal, walaupun studio tersebut enggan mendedahkan perkongsian keuntungan yang dicapai bersama platfrom pasaran itu, namun berdasarkan harga setiap set yang bermula pada $40, dianggarkan pendapatan yang dijana sekurang-kurangnya $1.2 juta sejak penyenaraian mereka pada awal Februari.

Oleh itu, rancangan Pili untuk menambah koleksi NFT mereka memeperlihatkan potensi besar untuk menghasilkan satu lagi aliran pendaptan bernilai berjuta-juta dolar untuk studio itu.

Ringkasan mengenai Veve, ia adalah sebuah syarikat pemasaran berdasarkan koleksi digital berlesen premium yang menawarkan NFT daripada jenama terkemuka seperti Marvel, DC, Disney, Star Wars, Givenchy, Coca-Cola dan Pixar.

Terang pengurus jenama VeVe, Raymond Chou, orang Barat sangat mengemari watak wira seni mempertahankan diri dan kung-fu dari Timur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat