Whales BTC Tiba-Tiba Bangun Selepas 10 Tahun Tidur Di Tengah Isu Hangat Binance!

432

Entiti Whale BTC yang tidak pernah aktif selama lebih daripada 10 tahun tiba-tiba aktif semula untuk memindahkan keseluruhan simpanan aset kripto pada 8 Jun.

Berdasarkan data daripada platform analitik dalam rantaian Lookonchain, 1,432.93 BTC, bernilai sekitar $37.8 juta, telah dipindahkan ke alamat baharu, “bc1psv.”

Whale tersebut telah menyimpat asetnya selama lebih sedekad, nampaknya telah menerima 1,432.92 BTC pada 9 April 2013, apabila harga Bitcoin didagangkan hampir $195.4. Ini merupakan pergerakan terbaharu pegangan BTC yang tidak aktif untuk satu tempoh agak lama sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sukar untuk menentukan sama ada tindakan Whale ini adalah didorong oleh kejatuhan harga dalam pasaran atau sentimen kurang atau sebab peribadi. Pada bulan April, dompet Bitcoin yang tidak aktif selama lebih sembilan tahun memindahkan 2,071.5 BTC (bernilai lebih daripada $60 juta). Alamat Whale itu menerima sejumlah 6,071.5 BTC pada akhir 2013 apabila harga Bitcoin berlegar hampir $663.

Dalam tempoh yang sama, satu lagi BTC HODLer jangka panjang yang simpanannya tidak disentuh selama 12 tahun memindahkan 400 BTC (bersamaan dengan kira-kira $11 juta) ke banyak alamat.

Analisis baru-baru ini oleh Glassnode mendedahkan bahawa Whale BTC yang besar terus secara agresif mengumpul aset kripto utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat