White House Jangka Inflasi AS Meningkat Dengan Luar Biasa Pada Mac!

710

Kadar inflasi Amerika Syarikat telah meningkat ke paras tertinggi 40 tahun sehingga mencecah 7.9% pada Februari, menyebabkan pentadbiran Biden memberi amaran bahawa angka yang akan dicatatkan pada Mac mungkin lebih teruk.

Setiausaha akhbar White House Jen Psaki memberitahu pada hari Isnin bahawa kadar inflasi utama akan meningkat secara luar biasa pada bulan Mac disebabkan oleh kenaikan harga dari sekatan ke atas Rusia.

Pada masa yang sama, White House juga menjangkakan terdapat perbezaan besar antara inflasi teras dan utama yang mencerminkan gangguan global dalam pasaran tenaga dan makanan.

Menurut Psaki, peningkatan harga gas sehingga sekitar 25% akan memacu lonjakan lebih tinggi dalam bacaan inflasi hari ini.

Setiausaha akhbar itu mengatakan bahawa Presiden Joe Biden telah mengambil beberapa langkah untuk membantu mengurangkan kos tenaga, termasuk melepaskan bekalan minyaknya daripada Rizab Petroleum Strategik negara.

Pada akhir bulan Mac, Biden telah menyalahkan Presiden Rusia Vladimir Putin atas lonjakan terbaharu dalam kos tenaga meskipun beliau sendiri yang memutuskan untuk menyekat import minyak dari Moscow.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat