Wow! Inflasi UK Terus Tunjukkan Penurunan

210

Inflasi UK menurun untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Disember, meningkatkan harapan bahawa krisis kos sara hidup terburuk di negara itu telah mereda.

Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan pada hari Rabu, indeks harga pengguna (CPI) UK meningkat 10.5% tahun ke tahun pada bulan Disember.

Angka yang dicatatkan lebih perlahan daripada kenaikan 10.7% yang dicatatkan pada November dan puncak 11.1% pada bulan Oktober.

Penyumbang terbesar kepada penurunan ini adalah kemerosotan dalam kos bahan api motor kepada 6.5% daripada 7.2%, bersama-sama dengan kejatuhan harga pakaian dan kasut daripada 7.5% kepada 6.5%.

Namun begitu, kadar inflasi masih lima kali ganda lebih tinggi daripada sasaran bank pusat 2%, yang menggariskan cabaran dihadapi Bank of England (BOE) kekal tinggi untuk menurunkan tekanan harga.

Sementara itu, inflasi teras (tidak masuk harga tenaga dan makanan) dilaporkan bertambah kepada 6.3% tahun ke tahun tidak berubah daripada bacaan yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Ekoran daripada penerbitan ini, reaksi awal pound menunjukkan mata wang itu melonjak 0.3% berbanding greenback pada sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat