Kava, sebuah protokol pembuat pasaran autonomi (AMM) yang berlandaskan cross-chain ini telah menunjukkan prestasi harga yang cemerlang baru-baru ini.
Melihat dengan lebih jelas, Kava telah menghasilkan 80% lonjakan dalam tempoh seminggu.
Menariknya, Kava Swap bakal melancarkan pertandingan testnet dengan memberikan wang tunai $130,000 kepada pemenang.
Kava SWAP Testnet is a week away!
Register now to gain early access and a chance to win your piece of the $SWP $130K prize pool.
Learn more: https://t.co/kSlb2M9E8A
Join SWAP on Twitter @Kava_Swap pic.twitter.com/s2bmG1vYv3
— Kava (@KAVA_CHAIN) July 21, 2021
Pertandingan testnet itu telah menarik ramai pelabur untuk menantikan dan menyertai pelancaran testnet tersebut.
Seterusnya, teliti carta pergerakan semasa harga KAVA/USDT.
Sewaktu artikel analisa Kava dikeluarkan pada Jun lalu, Kava didagangkan pada harga sekitar $3.4.
Secara konsistennya, Kava telah menghasilkan lebih 80% lonjakan dengan paras tertinggi sekitar harga $5.8 pada sesi dagangan hari ini.
Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga Kava dilihat masih mempamerkan pergerakan harga yang konsisten dan telah melepasi melepasi zon Resistance sekitar $5.4 dalam beberapa jam yang lalu.
Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga menyaksikan corak kenaikan, zon Resistance sekitar $6.2 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Namun, jika harga Kava kembali menyaksikan trend bearish, zon RBS (resistance become support) sekitar $4.4 bakal diuji semula sama ada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.
Lihat gambar carta matawang kripto KAVA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.