Analisa Minyak WTI – FOMC Vs Geopolitik

680

[Artikel Tajaan]

Harga minyak WTI dilihat telah mengalami kejatuhan buat pertama kalinya pada minggu ini sejak awal September 2023 selepas mesyuarat FOMC. Langkah pengekalan kadar faedah dilihat telah memberikan risiko terhadap pasaran aset.

West Texas Intermediate (WTI) crude oil” dilihat telah didagangkan di sekitar paras $90 per barrel hari ini. Berdasarkan tinjauan teknikal indikator menunjukkan harga minyak pada ketika ini berada pada status “overbought” atau terlebih beli. Ini akan menyebabkan sedikit pelarasan atau penurunan sementara terutama ketika sesi Asia dan Eropah.

Sambil itu, pada hari khamis minggu ini, Russia telah mengumumkan penghentian aktiviti eksport minyak mentah buat sementara waktu dan ini telah menyebabkan harga minyak pada aktiviti dagangan semalam naik dari paras $90 ke $95 per barrel. Tambahan pula, pengeluaran data “US crude inventories” pada hari rabu yang lepas telah mencatatkan kejatuhan  sekaligus memberikan amaran terhadap kekurangan stok minyak mentah yang boleh menyumbang terhadap kenaikan terus harga minyak.


Tekanan Geopolitik

Pada pertengahan suku ketiga tahun ini “Q3’2023”, Arab Saudi dan Russia telah membuat keputusan untuk melakukan “limit” pengeluaran minyak yang terhad sehingga akhir tahun ini. Sentimen permintaan minyak dilihat bertambah baik apabila syarikat “China refiners” berusaha menambahkan pengeluaran minyak yang didorong oleh permintaan yang tinggi. Oleh sebab itu, penganalisa SARACEN MARKETS menjangkakan kenaikan harga minyak akan berterusan naik sehinggalah sekurang-kurangnya $100 per barrel.

Tambahan pula, tindakan Russia pada khamis yang menghentikan aktiviti eksport minyak, SARACEN MARKETS menjangkakan ia akan berlanjutan selama beberapa minggu sehingga lah pertengahan Oktober 2023.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat