Wyoming Sahkan American CryptoFED Dao Sebagai DAO Pertama Dunia

269

American CryptoFED Dao akhirnya diiktiraf sebagai Decentralized Autonomous Organization (DAO) pertama di Amerika Syarikat (AS), sekaligus menjadikan ia sebagai entiti sah di negara itu berdasarkan notis oleh pejabat negara Setiausaha Wyoming pada 1 Julai.

American CryptoFED Dao adalah sebahagian projek Wyoming ke arah negeri yang mesra kripto. Secara tidak langsung Wyoming kini menjadi bidang kuasa blockchain terbesar di dunia berdasarkan undang-undang DAO yang diluluskan dan berkuatkuasa pada 1 Julai.

American CryptoFED Dao dibangunkan oleh penyedia penyelesaian perbankan mudah alih, mSHIFT.

Berdasarkan misi mereka, projek tersebut mahu memfokuskan kepada ekonomi dua-token yang mampan daripada faktor inflasi atau deflasi.

American CryptoFED Dao berfungsi melalui dua token:

  • Ducat – digunakan bagi transaksi harian dan sebagai simpanan nilai dengan melindungi ketidaktentuan harganya terhadap dolar. Menyerupai stablecoin tetapi bukan.
  • Locke – token pemerintahan yang digunakan untuk menstabilkan Ducat.

Kedua-dua token tersebut dilancarkan mengikut garis peraturan Token Safe Harbor Proposal 2.0 yang diusulkan oleh pegawai Securities and Exchange Commission (SEC), Hester Peirce pada April.

Apa Itu DAO?

Secara mudah, DAO ialah organisasi autonomi desentralisasi (decentralized autonomous organization).

Menariknya, ia merupakan salah satu cara pengurusan komuniti melalui penggunaan teknologi blockchain dalam membuat keputusan secara rela tanpa pertubuhan pusat yang mengatur atau bertanggungjawab dalam pelaksanaan undi atau projek.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat