XRP Dijangka Cecah $470 Semasa ‘Bull Run’ Seterusnya?

2,390

“Memang la naik, tapi pasaran kripto akan buat fasa kenaikannya bila?”

Kebangkitan seluruh pasaran mata wang kripto seterusnya mampu tercetus disebabkan kelulusan spot Bitcoin (BTC) ETF di Amerika Syarikat (AS) dan acara halving BTC yang akan berlaku pada musim bunga 2024.

Rentetan itu, ramai pelabur tertanya-tanya prestasi aset digital manakah yang akan paling menonjol semasa bull run seterusnya, jadi pakar kewangan dipanggil Kyren dalam akaun X miliknya menjangkakan Ripple (XRP) mungkin berkembang pada masa hadapan.

Hal ini kerana XRP telah berjaya menyaksikan pelbagai perkembangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, oleh itu harganya berpotensi untuk mendaki lebih tinggi daripada paras semasanya.

Antara perkembangannya adalah kemenangan XRP berturut-turut dalam tuntutan mahkamahnya terhadap Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), interaksi firma blockchain itu bersama bank pusat di seluruh dunia dan sokongan daripada bursa kripto terkemuka.

Coinbase, Kraken, Gemini dan beberapa bursa kripto lain telah menyenaraikan semula XRP pada platform mereka sejurus selepas Hakim Analisa Torres memutuskan aset digital tersebut bukanlah sekuriti.

Menurut CryptoBull, penganalisis kripto berkata bahawa XRP mampu melonjak sehingga $4.20, $7.20 ataupun $470, tetapi perlu diingatkan modal pasarannya harus mencapai $250 trilion untuk kenaikan harga itu berlaku.

Sehingga berita ini ditulis, harga XRP masih mencatatkan penyusutan 1.02% pada paras $0.60 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $32 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 1.06% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat