XRP Kecundang, Rekod Dagangan Bagi Suku Pertama Tahunan Susut $436.75 Bilion!

2,537

Koin XRP sudah hilang tarikan berdasarkan rekodnya untuk suku pertama 2022 yang menyumbang kesan negatif terhadap jumlah dagangan sepanjang tempoh tersebut.

Apa yang berlaku?

  • Jumlah dagangan XRP bagi suku pertama 2022 cuma $203.94 bilion, 68% lebih rendah berbanding rekod suku pertama 2021.
  • Untuk pengetahuan, ketika itu XRP mencatatkan jumlah dagangan bernilai sekitar $640.70 bilion.
  • Jarak antara dua tempoh tersebut menyaksikan perbezaan jumlah dagangan XRP telah susut sebanyak $436.75 bilion.

Penyusutan jumlah dagangan XRP dapat diperincikan seperti berikut:

  • Januari 2021
    • XRP merekodkan jumlah dagangan sekitar $212.56 bilion.
    • Untuk rekod harian, nilai tertinggi boleh mencecah $24 bilion.
  • Februari
    • Sentimen pasaran kripto yang positif mendorong jumlah dagangan meningkat kepada $293.94 bilion
    • Rekod harian tertinggi: $34 bilion
  • Mac
    • Jumlah dagangan telah susut kepada $134.19 bilion
    • Rekod harian pula sekadar $9.73 bilion
  • Januari 2022
    • Pelabur sudah hilang minat terhadap XRP
    • Jumlah dagangan aset ini cuma berada di paras sekitar $53.05
    • Rekod tertinggi harian pula mencecah cuma $3.61 bilion
  • Februari
    • Jumlah dagangan sedikit meningkat kepada $80.91 bilion.
    • Rekod harian pula cuma $6.15 bilion, prestasi terbaik bulanan
  • Mac
    • Jumlah dagangan kembali susut, menyentuh paras $69.97 bilion
    • Rekod harian kembali ke paras $3.73 bilion

Berketetapan pada 1 Januari 2022, seunit XRP bernilai $0.831, mencapai paras tertinggi suku tahunan, $0.911 dan ditutup pada suku pertama pada nilai $0.814.

Di sini dapat dilihat harga XRP telah susut sebanyak 2% untuk tempoh awal hingga akhir suku pertama 2022.

Tetapi untuk rekod 1 Januari 2021, XRP mencatatkan nilai $0.220, mencapai paras tertinggi suku tahunan, $0.745 dan ditutup pada suku pertama pada harga $0.574.

Untuk rekod tersebut, XRP telah mencatatkan peningkatan harga sebanyak 161%, satu prestasi yang positif.

Namun, mungkin sudah masanya pelabur dedahkan kebosanan mereka dengan kes saman Securities and Exchange Commission (SEC) – Ripple yang entah bila mahu mencapai kata putus.

Bagaimana pula dengan anda? Masih hodl lagi atau sudah berpindah kepada aset kripto yang lain?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat