Yakinnya Tesla Ambil Pekerja Walaupun Pertumbuhan Ekonomi Suram

108

‘Musk punya kaya dia boleh ambik satu dunia jadi pekerja dia.’

Syarikat kereta elektrik, Tesla Inc dilihat giat memburu tenaga kerja sungguhpun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Elon Musk menzahirkan kebimbangan pertumbuhan ekonomi yang lemah.

Mencerap laman sesawang Tesla di bawah kategori ‘career’, syarikat dilihat mengiklankan 6,900 jawatan kosong iaitu peningkatan hampir 50% daripada pertengahan Jun lalu.

Suka diingatkan bahawa pada Jun lalu Musk bertindak untuk membuang sejumlah pekerja Tesla ekoran keadaan pertumbuhan ekonomi yang lemah dijangka akan memberi kesan kepada syarikat pada masa depan.

Namun beberapa minggu kemudian Musk menukar rancangannya dengan mengatakan jumlah penawaran kerja Tesla dijangka meningkat dalam tempoh 12 bulan mendatang tetapi bersyarat.

Berbalik ke berita asal, sebagai perbandingan jumlah penawaran kerja di Tesla mencapai puncak 7,400 kerja kosong pada Mei sebelum menjunam pada 2 bulan berikutnya selepas ucapan Musk.

Pun begitu, mulai Julai sehingga kini terdapat lantunan penawaran walaupun sentimen kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi yang lemah mengerunkan pasaran meluas.

Meneliti penawaran kerja di Tesla, bahagian Kejuruteraan dan Teknologi Informasi serta Perkhidmatan Kenderaan termasuk Pengeluaran menyaksikan peningkatan pekerja.

Menurut Taylor Ogan dari Snow Bull Capital, penawaran kerja Tesla sangat penting dalam menentukan pertumbuhan syarikat selain memberi  bayangan trend pergerakan di Wall Street dalam kategori automotif.

Jelasnya, perubahan bilangan penawaran kerja mencerminkan pengurangan atau kelewatan dalam pengisian pekerjaan dan perubahan dalam saiz tenaga kerja syarikat.

Setakat penulisan ini, saham Tesla berlegar tinggi sekitar 7.01% pada $219.35 dengan permodalan pasaran sebanyak $687.33 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat