Yang Bersalah ATA, Tapi Nama Dyson Yang Dipetik & Dipersalahkan

449

Betullah orang cakap jangan buat hal nanti nama mak ayah yang buruk.

Beberapa bekas pekerja ATA IMS, syarikat pembekal alat ganti utama Dyson, telah menuntut pampasan daripada syarikat perkakas rumah tersebut ekoran kondisi tempat kerja dan tempat tinggal yang teruk di kilang milik ATA.

Memetik sumber dari Reuters, seorang bekas pekerja ATA telah mendakwa Dyson berlaku tidak adil dengan mendedahkan dirinya kepada bahaya ketika bekerja di kilang tersebut.

Ekoran daripada itu, firma undang-undang Britain, Leigh Day telah mengirim surat ‘letter before action‘ kepada ibu pejabat Dyson di Singapura bagi pihak pekerja tersebut.

Inti pati surat tersebut menyatakan andai Dyson gagal menyelesaikan isu pampasan yang dikemukakan, firma guaman Leigh Day yang mewakili pihak pekerja tersebut akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Kehakiman England dan Wales.

Tambah firma guaman tersebut lagi, ia mewakili bekas pekerja atas dasar ‘no win, no fee‘.

Walau bagaimanapun, sebarang tuntutan pampasan perlu dilakukan terhadap ATA bukannya Dyson dimana jurucakap Dyson menerangkan mereka tiada kaitan dengan isu tersebut namun bersedia untuk mempertahankan bekas pekerja ATA yang terjejas.

Dalam erti kata lain, Dyson memandang serius dan bersedia membantu para pekerja yang diambil bekerja oleh syarikat pembekalnya itu.

Setakat ini, pihak ATA IMS masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut.

Sebagai recap, Dyson telah memutuskan hubungannya dengan ATA selepas audit bebas mendapati syarikat pembekal di Malaysia itu mengamalkan amalan buruh paksa.

Audit tersebut mendapati para pekerja asing kilang ATA bekerja melebihi had masa undang-undang Malaysia iaitu 104 sebulan termasuk dipaksa bekerja pada hari Ahad.

Selain itu, ATA turut didapati melatih sejumlah kakitangan untuk menyembunyikan keadaan pekerjaan dan kehidupan sebenar kerja warga asingnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat