Lagi Firma Dari Malaysia Berdepan Dakwaan Isu Buruh Paksa

2,310

Alamak, macam mana ni Malaysia?

Dyson, firma Britain yang terkenal dengan pembuatan vakum berteknologi tinggi, telah menamatkan hubungannya dengan ATA IMS Bhd selepas audit yang dilakukan mendapati terdapat amalan buruh paksa oleh syarikat Malaysia itu.

Menurut Dyson, mereka telah menjalankan audit berkenaan keadaan kerja di ATA awal tahun ini dan keputusannya dikeluarkan pada 4 Oktober.

Tambahnya lagi, mereka membuat dakwaan mengenai tindakan yang tidak boleh diterima oleh kakitangan ATA dan segera meminta firma undang-undang antarabangsa untuk menjalankan siasatan lanjut.

Memetik komen Dyson, mereka telah menamatkan hubungannya dengan notis kontrak selama 6 bulan.

ATA yang ditugaskan untuk membuat alat ganti bagi vakum dan pembersih udara keluaran Dyson masih belum memberi sebarang komen berkenaan isu tersebut.

Menurut ATA, Dyson telah menyumbang hampir 80% daripada pendapatannya.

ATA pada Mei lalu telah menafikan dakwaan buruh paksa di kilangnya selepas seorang aktivis hak asasi terkemuka berkata pihak berkuasa Amerika Syarikat akan meneliti amalan kerja syarikat itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat