Yen Melompat Lebih Tinggi Selepas Pengumuman Dasar Dari Bank of Japan

49

Yen melonjak berbanding US Dollar pada hari Jumaat sejurus selepas dasar monetari diumumkan oleh Bank of Japan. Pelabur dilihat kecewa kerana mereka mengharapkan lebih banyak rangsangan radikal dapat dicapai sewaktu pengumuman terbabit.

US Dollar kali terakhir diniagakan pada 103.46 yen, menurun 1.7% pada hari ini. Ia pada mulanya meningkat kepada 105,75 yen selepas pengumuman BoJ, namun kembali merosot sehingga mencecah angka 102.705 yen.

“USD/JPY dijual disebalik kekecewaan. Selain Dana Dagangan Bursa (ETF), mereka tidak mengumumkan apa-apa,” kata Satoshi Okagawa, penganalisis pasaran global kanan bagi Sumitomo Mitsui Banking Corporation di Singapura.

BoJ mengumumkan peningkatan sederhana dalam pembelian ETF, namun mengekalkan sasaran mata wang asas kepada 80 trillion yen serta pembelian aset lain termasuk bon Jepun.

BoJ juga mengekalkan kadar faedah ke paras negatif, tidak berubah pada nilai 0.1%.

“BoJ jelas kecewa kerana hanya berkembang melalui pembelian ETF, meninggalkan kadar asas kewangan dan kadar dasar tahunan tidak berubah,” kata Heng Koon How, ahli strategi kanan FX untuk Credit Suisse.

“Kita boleh terus menjangkakan turun naik yang tinggi dan kemungkinan risiko jangka pendek terhadap pengukuhan yen.”

Perdagangan matawang Dollar berbanding Yen menjadi sangat volatile menjelang pengumuman BoJ.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 96.384.

Euro merosot 1.7% kepada 114.63 yen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat