Yen Tiba-Tiba Mencanak Naik! BoJ Sudah Mengorak Langkah?

528

Matawang Yen mengalami kenaikan harian terbesar dalam hampir setahun pada hari Khamis, selepas para penggubal dasar Jepun memberikan petanda yang agak jelas mengenai perubahan dasar, sementara matawang euro menuju ke penyusutan mingguan terbesar sejak Mei.

Indeks US dolar mengalami penyusutan menjelang laporan gaji bukan pertanian pada hari Jumaat, terutamanya ditekan oleh yen yang mengukuh hampir 2% ke tahap tertinggi dalam tiga bulan.

Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda, berkata pada hari Khamis bahawa bank pusat mempunyai beberapa pilihan mengenai kadar faedah  setelah menarik kos pinjaman jangka pendek keluar dari wilayah negatif.Pasaran menganggap ini sebagai petanda bahawa perubahan mungkin akan berlaku dan mendorong mata wang yen.

BOJ telah menjadi satu-satunya bank pusat yang mengekalkan dasar kadar yang sangat rendah sehingga mendorong mata wang yen ke tahap terendah dalam satu dekad berbanding US dolar dan memicu spekulasi bahawa pihak penggubal dasar monetari boleh campur tangan untuk menopang mata wang itu.

Jangkaan semakin meningkat untuk BOJ yang memberi isyarat bahawa ia akan segera mengakhiri dasar ini dan mesyuarat minggu hadapan akan menjadi tumpuan utama pasaran.

Euro berada di sekitar paras terendah tiga minggu, berikutan penilaian semula terhadap jangkaan kadar faedah untuk 2024, walaupun pasaran mengambil sikap berhati-hati menjelang laporan gaji bukan pertanian AS pada hari Jumaat.

Ketidakstabilan ekonomi yang menurun, perlambatan dalam ekonomi utama seperti Jerman, dan kelemahan dalam pasaran buruh telah mendorong pedagang untuk menganggap kadar akan turun kepada 3.0%, daripada 4% pada masa kini, menjelang September 2024, daripada jangkaan 3.4% hanya dua minggu yang lalu.

Bank Pusat Eropah akan mengadakan mesyuarat terakhirnya bagi tahun 2023 pada Khamis hadapan. Tidak banyak tentangan dari penggubal dasar terhadap penilaian semula kadar baru-baru ini, dengan penggubal dasar yang bersifat hawkish seperti Isabel Schnabel juga menggesa pengurangan kadar.

Data pekerjaan AS yang berasingan minggu ini menunjukkan bahawa pasaran buruh sedang perlahan, namun tidak menunjukkan kelemahan yang material. Pasaran niaga hadapan menilai peluang pengurangan kadar sebanyak 60% menjelang Mac, naik daripada 50% seminggu yang lalu, berdasarkan alat FedWatch CME. Namun penganalis berpendapat ini mungkin terlalu berlebihan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat