Yum Yum! McDonald’s Buka McNuggets Land Di Metaverse!

153

“Wow macam best je, korang dah try ke masuk dalam metaverse McD ni?”

Demi meraikan ulang tahun ke-40 Chicken McNuggets, syarikat rantaian makanan segera terbesar di dunia McDonald’s bertindak membangunkan McNuggets Land dalam platform metaverse The Sandbox.

Terdahulu, McDonald’s turut memfailkan permohonan paten untuk mengendalikan restoran maya dalam talian yang memaparkan penghantaran ke rumah pada tahun 2022 tetapi rancangannya pada masa itu tidak tercapai.

Berbalik pada McNuggets Land, para pemain akan disambut baik oleh watak McNugget berpiksel seperti “Coach McNugget” kemudian diturut serta dengan pembantunya yang dinamakan sebagai “Assistant Coach McNugget.”

Coach McNugget akan menjemput pemain memulakan keseronokan dengan mencari empat papan tanda McDonald’s dan mereka juga berpeluang memperoleh ganjaran seperti 100,000 SAND bernilai $44,000 serta kotak misteri.

Pengalaman metaverse tersebut yang diterajui oleh McDonald’s berpangkalan di Hong Kong juga akan membenarkan pengguna negaranya memenangi kupon termasuk Chicken McNuggets percuma selama 365 hari.

Menurut Randy Lai, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) McDonald’s Hong Kong berkata McDonald’s akan sentiasa berusaha menyampaikan pengalaman inovatif dan momen bahagia tetapi bukanlah seperti sambutan hari jadi Grimace yang tular baru-baru ini di Amerika Syarikat (AS).

Sementara CEO Sandbox Sebastian Borget pula mendedahkan bahawa kerjasamanya dengan McDonald’s yang mempunyai pangkalan pelanggan luas dapat membawa The Sandbox ke tahap lebih baharu seterusnya merealisasikan matlamat utamanya untuk penggunaan metaverse secara besar-besaran.

Namun, Lai berpandangan The Sandbox jauh lebih mudah untuk dinavigasi dan lebih menyeronokkan daripada pesaingnya Decentraland yang masih sedang bergelut untuk mengekalkan bilangan pengguna aktif hariannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat