Zahid Mengaku Tidak Bersalah Terhadap 45 Pertuduhan Di Mahkamah Pagi Tadi

838

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berhadapan 45 pendakwaan terhadapnya pada hari ini yang membabitkan transaksi berjumlah RM114 juta.

Beliau yang juga bekas Menteri Dalam Negeri dibacakan pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Azura Alwi sekitar pukul 9.30 pagi.

Pihak pendakwaan diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik oleh Peguam Negara Tommy Thomas pada Ogos.

Pihak pembelaan Zahid pula diketuai oleh peguam bela terkenal Hisyam Teh Poh Teik. Gopal meminta ikat jamin sebanyak RM2 juta yang mana pihak pembelaan meminta ia supaya dibahagikan kepada dua iaitu hari ini dan 2 November 2018.

Walaubagaimanapun, Hakim Azura Alwi mahu wang ikat jamin RM1 juta dikemukakan hari ini dan selebihnya pada 26 Oktober 2018.

45 pendakwaan hari ini membabitkan 10 pertuduhan pecah amanah jenayah dan lapan pertuduhan menerima suapan dan upah sebagai dorongan untuk membantu beberapa syarikat mendapatkan projek membabitkan RM42 juta dan 27 pertuduhan membabitkan diri dengan transaksi aktiviti haram berjumlah RM72 juta.

Pertuduhan tersebut adalah mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 dan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

Mahkamah telah menetapkan tarikh 14 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat