Zon-Eropah Memulakan 2017 Dengan Baik & Kukuh

44

Aktiviti ekonomi di Zon-Eropah memulakan tahun 2017 dengan pengukuhan, dalam data Januari yang dikeluarkan sebentar tadi. Data ini disokong oleh sektor pekerjaan yang meningkat dalam kadar tertinggi sejak 2008 berikutan keyakinan dalam jangkaan ekonomi.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Markit, indeks PMI dalam sektor perkhidmatan jatuh dari 53.7 kepada 53.6 bulan ini, dengan jangkaan pasaran adalah 53.9.

Manakala dalam indeks PMI sektor pembuatan mencatatkan bacaan 55.1 bulan sama dari 54.9 pada Disember. Pasaran menjangkakan bacaan indeks ini jatuh ke paras 54.8 pada Januari.

Permulaan tahun ini juga menunjukkan peningkatan tertinggi dalam pasaran buruh Zon-Eropah sejak Februari 2008. Pekerjaan bertambah dalam jumlah yang tinggi di sektor perkhidmatan dan pembuatan berikutan pengukuhan dalam komponen tempahan baru.

Ketua penganalisis ekonomi di Markit Chris Williamson mengatakan, “Ekonomi Zon-Eropah memulakan 2017 dengan baik dan kukuh”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat