Zup! Ringgit Kembali Ke Paras RM4.71, Lemah Berbanding USD

193

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin selepas data NFP AS yang lebih tinggi dikeluarkan pada Jumaat lepas.

Pada jam 9.06 pagi, ringgit susut kepada 4,7150 berbanding USD daripada penutup minggu lepas pada 4.6900.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam berkata laporan NFP Mei menunjukkan 272,000 pekerjaan baharu pada Mei melepas unjuran jangkaan pasaran iaitu pada 182,000.

Katanya lagi, purata pendapatan mingguan AS juga lebih tinggi pada 4.1% pada tahunan daripada 4.0% sebelum dan ini memberikan gambaran bahawa pertumbuhan gaji masih berdaya tahan.

Dengan itu, ringgit dijangka kekal lemah buat masa ini di saat pasaran menantikan keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 12 Jun yang bakal memberikan gambaran jelas berkenaan makroekonomi terkini di AS.

Penilaian Federal Reserve (Fed) terkini mengenai situasi pasaran buruh agak kritikal kerana masih keliru untuk mengekalkan atau menghapuskan dasar monetari ketat yang sedang berlaku sekarang.

Buat masa ini, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama dunia.

Unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0066/0100 daripada 3.0163/0190 pada penutupan Jumaat lalu, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9994/6.0057 daripada 6.0009/0060 sebelumnya dan lebih tinggi berbanding euro pada 5.0874/0. daripada 5.1079/1122 minggu lepas.

Ia juga didagangkan bercampur-campur berbanding rakan sebaya Asean.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7743/7944 daripada 12.8465/8627 pada penutup lepas dan meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.4861/4901 berbanding 3.4872/4905 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia susut berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.04 daripada 8.01/8.02 minggu lepas dan susut kepada 291.1/291.5 berbanding rupiah Indonesia daripada 289.5/289.9 pada Jumaat. – Bernama

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat