1.8 Juta Binance Coin (BNB) Bernilai RM3.3 Bilion Dibakar

926

Binance telah melengkapkan pembakaran koin BNB yang ke-19 untuk suku tahunan pada 2022 dengan rekod sebanyak 1.8 juta BNB ($771.4 juta / RM3.3 bilion) dibakar semalam.

Proses tersebut sinonim dengan sifat deflasi BNB, begitu juga aset kripto lain seperti XRP, Shiba Inu (SHIB), dan Ethereum (ETH).

Pembakaran koin atau token bermaksud mana-mana pengusaha projek kripto mengirimkan sejumlah aset kepada wallet yang hanya boleh terima tetapi tidak boleh dikirimkan kepada wallet lain. Wallet tersebut tidak akan mengembalikan aset anda jika tersilap alamat kirim.

Seperti Binance, mereka telah mengirimkan 1,830,382 BNB untuk dihapuskan.

Pembakaran koin ini mengundang lonjakan harga BNB semalam dengan peningkatan nilai sebanyak 2.43% dari paras terendah harian, $414.7 ke paras tertinggi harian, $424.7.

Bagaimanapun ketika penulisan, BNB mencatatkan nilai dagangan yang agak rendah, $421.39 tetapi masih mengekalkan lonjakan lebih 1% dalam 24 jam.

Untuk pengetahuan, berdasarkan whitepaper yang telah diterbitkan, pembakaran BNB akan berlaku setiap suku tahunan.

Pembakaran seterusnya dijangka berlaku pada 20 Ogos 2022, melibatkan 1,812,331.13 BNB.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat