Kedai Kopi Ini Bakar Shiba Inu (SHIB) Bagi Setiap Pembelian Kopi

2,025

Percaya atau tidak, Shiba Coffee Company menawarkan kaedah pembakaran koin Shiba Inu (SHIB) yang unik melalui pembelian setiap kopi siri SHIB.

Setiap kopi SHIB dijual pada harga bermula $16.99. Dikatakan mereka memperuntukkan 10% dari keuntungannya untuk pembakaran SHIB setiap bulan.

Namun disebabkan kaedah tersebut diperkenalkan pada awal bulan, maka masih belum ada pembakaran koin direkod.

Jelas pengasas Shiba Coffee Company, Mr O’Connor, usaha menggabungkan dunia digital dengan produk fizikal memberi impak yang lebih berpanjangan.

Ini bukanlah kali pertama kaedah unik diterapkan dalam pembakaran SHIB.

Komuniti Shiba Inu juga sudah lama melancarkan projek pembakaran koin seperti playlist SHIB Burner di Spotify dan permainan mudah alih, Bricks Buster.

Yang terbaru Shiba Burn Party telah berjaya membakar 1 bilion SHIB, merangkumi 0.0000018% daripada bekalan dalam kitaran.

Bagi pelabur yang masih belum tahu, pembakaran koin atau dikenali sebagai coin burning merupakan satu proses untuk mengimbangi kitaran koin dan pada masa yang sama memperlahankan kadar inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat