10 Matawang Kripto Terbesar & Mempunyai Potensi Di Masa Hadapan

1,594

Terdapat lebih daripada 5,000 matawang-kripto di dunia dan kami akan cuba senaraikan 10 matawang digital teratas pada 2017 berdasarkan modal pasaran, permintaan dan masa depan matawang-matawang ini.

 

#1 Bitcoin (BTC)

Sememangnya Bitcoin menduduki tempat teratas dengan modal pasaran sebanyak $248.27 billion. Ia dikatakan dicipta oleh Satoshi Nakamoto dan ada yang berpendapat Satoshi bukan individu tetapi satu kumpulan pakar IT dan pakar perbankan. Bitcoin adalah matawang-kripto pertama dicipta dan harganya pada 29 Disember adalah $14,590. Bitcoin hanya terhad kepada 21 juta koin sahaja.

 

#2 Ethereum (ETH)

Ethereum adalah nombor dua di belakang Bitcoin berdasarkan modal pasaran dengan $72.38 billion. Ia adalah platform yang dibina untuk ‘smart contract’. Harga Etherium kini berada di sekitar $739. Ethereum mempunyai token matawang yang dipanggil ether yang boleh diginakan sebagai transaksi kewangan dari satu akaun kepada akaun lain.

 

#3 Ripple (XRP)

Ripple dilancarkan pada tahun 2012, untuk memberi perkhidmatan transaksi yang selamat, pantas dengan tiada caj perkhidmatan. Modal pasaran Ripple kini berada di sekitar $60.69 billion sedikit di bawah Ethereum. Kini Ripple berharga $1.47.

 

#4 Bitcoin Cash (BCH)

Bitcoin cash adalah fork kepada Bitcoin iaitu matawang-kripto yang terhasil daripada Bitcoin di mana komuniti mereka mengambil haluan berbeza untuk menghasilkan Bitcoin Cash. Matawang ini mempunyai modal pasaran $42.53 billion dan kini berharga $2449.

 

#5 Litecoin (LTC)

Litecoin dilancarkan melalui Github pada 7 Oktober 2011 oleh bekas jurutera Google Charlie Lee. Modal pasaran Litecoin kini berjumlah $13.54 billion setakat 29 Disember 2017. Harga bagi setiap Litecoin pula adalah $248.

 

#6 Cardano (ADA)

Dalam banyak-banyak matawang kripto yang tiba-tiba naik ke tangga teratas, ada satu matawang kripto yang kenaikannya agak dramatik. Matawang kripto itu adalah ADA, atau matawang Cardano yang kini berada di tangga ke-6 mengatasi. Jumlah modal pasaran Cardano kini hampir USD$11.13 bilion dan nilainya melonjak lebih 500 peratus hanya dalam masa sebulan, dari USD$0.08 ke USD$0.43 setakat ini.

 

#7 IOTA (MIOTA)

Baru-baru ini matawang baru, IOTA telah berjaya mengatasi Dash, XEM dan Monero dalam jumlah modal pasaran. IOTA kini berada di tangga ke-7 berdasarkan modal pasaran. Menurut coinmarketcap.com, harga IOTA pada waktu penulisan adalah USD$3.693 dan jumlah modal pasaran adalah USD$10.18 bilion.

 

#8 Dash (DASH)

Pada 25 Mac 2015 nama Darkcoin diubah kepada Dash sebagai satu usaha penjenamaan semula. Penggantian nama itu dibuat untuk menghindari ia lebih dikaitkan kepada perniagaan ‘underground’, dan juga untuk menarik pelabur yang lebih luas. Sekarang banyak penyokong DASH melihat matawang-kripto ini sebagai alternatif yang baik dari Bitcoin. Harga Dash kini adalah $1,074 dengan modal pasaran $8.71 billion.

 

#9 NEM (XEM)

XEM merupakan matawang digital yang terhasil dari platform peer-to-peer bernama NEM. NEM, yang juga merupakan singkatan dari New Economy Movement, adalah sebuah gerakan yang bertujuan menghasilkan ekonomi baru yang berjalan berdasarkan prinsip keadilan, decentralized dan kebebasan dalam dunia kewangan. Harga NEM kini adalah $0.91 dengan modal pasaran $8.41 billion.

 

#10 Monero (XMR)

Monero ialah matawang yang fokus kepada privacy, dilancarkan pada bulan April 2014. Monero menjalankan algoritma POWnya sendiri yg disebut Cryptonight. Monero dapat merahasiakan segala transaksi dan tidak dapat dilihat oleh blockchain. Kini harga Monero adalah $353 dengan modal pasaran berjumlah $5.80 billion.

Akhir sekali jom lihat senarai harga matawang terbesar berdasarkan modal pasaran pada JANUARI 2017. Anda pasti terkejut dengan kenaikan harga matawang-Kripto ini dalam masa setahun!!!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat