12 Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (18-22 Mac 2024)

785

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (19 Mac 2024):

Mesyuarat Polisi BOJ (Sesi Asia) – Bank pusat Jepun dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada -0.10%. Apa yang lebih menjadi tumpuan adalah petunjuk dari gabenor berkenaan peralihan dasar monetari yang baru.

Mesyuarat Polisi RBA (11.30 Pagi) – Kadar faedah turut dijangkakan kekal di Australia dengan ucapan susulan selepas mesyuarat polisi bank pusat akan diperhatikan para pelabur.

Data Inflasi Kanada (8.30 Malam) – DIjangka bakal berlaku peningkatan pada inflasi bulanan di Kanada untuk Februari dan ini boleh mempengaruhi keputusan bank pusat Kanada dalam penetapan dasar monetari mereka selanjutnya.

RABU (20 Mac 2024):

Data Inflasi UK (3.00 Petang) – Semakin memberi cabaran kepada bank pusat untuk mengimbangi kestabilan ekonomi di UK, kadar inflasi terbaru diramalkan menurun ke paras lebih rendah sejak 2021. Pasaran akan tertarik untuk mendengar pandangan bank pusat berdasarkan petunjuk penting ini.

KHAMIS (21 Mac 2024):

Mesyuarat FOMC (2.00 Pagi) – Menjadi acara yang paling dinantikan minggu ini, keputusan mesyuarat FOMC boleh mengubah landskap pergerakan semasa pasaran. Kadar faedah masih dijangka akan dikekal di paras 5.50%, namun pelabur nantikan petunjuk lebih jelas daripada Pengerusi Jerome Powell berkenaan langkah pemotongan kadar faedah.

Data Pekerjaan Australia (8.30 Pagi) – Australia diramalkan catat pertambahan pekerjaan yang lebih positif pada Februari dengan kadar pengangguran juga diramalkan menurun.

Mesyuarat Polisi SNB (4.30 Petang) – Swiss National Bank seperti bank pusat yang lain turut dijangka untuk mengekalkan dasar sedia ada dengan kadar faedah berada di paras 1.75%. Ucapan susulan oleh gabenor akan menjadi isyarat penting hala tuju dasar bank pusat itu.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Jerman (4.30 Petang) – Perkembangan semasa kesihatan ekonomi Eropah akan diukur melalui bacaan terbaru pada sektor penting ini. Angka bacaan untuk Mac diramalkan sedikit baik berbanding bulan sebelumnya.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (5.30 Petang) – Peningkatan pada angka bacaan terbaru adalah diperlukan untuk menjadi isyarat kesihatan ekonomi UK masih dalam keadaan terkawal.

Mesyuarat Polisi BOE (8.00 Malam) – Bank of England bakal mengekalkan kadar faedah di paras 5.25% seperti sebelum ini. Namun, adakah bakal ada petunjuk penting berkenaan dasar monetari bank pusat itu selepas ini?

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (9.45 Malam) – Pasaran meramalkan bacaan data pada sektor-sektor ini di Amerika sedikit suram untuk bulan Mac. Pelabur akan terus memerhatikan dan berwaspada dengan isyarat awal untuk kemerosotan ekonomi ini.

JUMAAT (22 Mac 2024):

Data Jualan Runcit UK (3.00 Petang) – Kadar jualan runcit untuk bacaan bulanan di UK dijangka merosot dengan angka yang negatif bagi bulan Februari. Ini adalah berlawanan dengan situasi bulan sebelumnya yang telah mencatatkan lonjakan kukuh mengatasi ramalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat