16 Platform Kripto Bakal Disekat Di Korea Selatan!

677

Selepas fenomena ‘market crash’ melibatkan mata wang kripto popular, Terra Luna yang menggemparkan pasaran baru-baru ini, Korea Selatan dilihat semakin tegas dalam perundangan kripto di negara mereka.

Korea Selatan dilaporkan merancang untuk menyekat akses domestik kepada pertukaran mata wang kripto asing yang tidak mempunyai proses pendaftaran yang betul untuk beroperasi di negara itu. Hal ini menyebabkan Korea Selatan berhak melancarkan siasatan terhadap syarikat-syarikat yang berkenaan.

Unit risikan Suruhanjaya Kewangan telah membuat laporan terhadap 16 perniagaan kripto asing kepada badan penyiasat negara serta meminta agensi lain menyekat akses ke laman web tempatan firma tersebut.

Dalam pada itu, syarikat yang tersenarai adalah;

  • KuCoin
  • MEXC
  • Phemex
  • XT.com
  • Bitrue, ZB.com
  • Bitglobal
  • CoinW
  • CoinEX
  • AAX
  • ZoomEX
  • Poloniex
  • BTCEX
  • BTCC
  • DigiFinex
  • Pionex.

Selain itu, pegawai berhasrat untuk melaporkan pelanggaran terhadap negara asal syarikat itu serta akan berusaha mengasingkannya daripada sektor mata wang kripto tempatan yang lain jika syarikat tersebut gagal mendapatkan permit yang diperlukan.

Menurut kenyataan tersebut, syarikat yang beroperasi tidak berdaftar atau perniagaan haram akan berdepan hukuman penjara selama lima tahun atau denda sehingga 50 juta won ($37,000). Mereka juga dilarang untuk mendaftarkan sesuatu syarikat dalam tempoh masa tertentu.

Tahun lepas, Korea Selatan telah memberi mandat agar platform mata wang kripto wajib menerima pensijilan sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat.

Sejak itu, lebih separuh daripada bursa kripto negara telah menamatkan operasi. Kini, 35 penyedia perkhidmatan aset maya didaftarkan sebagai platform undang-undang di negara ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat