
US Dollar yang telah menguat selama lima bulan, terkesan dari ekonomi Amerika Syarikat yang beransur pulih, dilihat bakal mendorong Federal Reserve menaikkan “interest rate” seawal 2015. Walau bagaimanapun, komen 2 orang Presiden Federal Reserve baru-baru ini yang tidak menyokong tindakan tersebut, menyebabkan para pelabur mulai gusar dan mula memberi tumpuan dan mencari petunjuk dari mesyuarat FOMC Khamis ini.
Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Euro-Zone hari ini, dan hanya data berimpak sederhana dari Amerika Syarikat yang secara umumnya dijangka lebih baik; dan sentimen dari Presiden ECB Mario Draghi yang mengatakan ekonomi Euro-Zone berisiko untuk terus melemah; Euro dilihat bakal hilang momentumnya hari ini.




















































