Pound Dollar menyusut lebih 100 mata pada Khamis sesi dagangan Eropah selepas berada pada paras tertinggi minggu ini sekitar 1.5756 pada awal sesi dagangan Asia; walaupun Bank of England dalam satu kenyataan mengatakan kenaikan “interest rate” dalam masa terdekat adalah munasabah walaupun inflasi berada pada paras yang rendah. Kekuatan Dollar teserlah dengan para pedagang yang menjangkakan 3 data ekonomi berimpak tinggi Amerika Syarikat – “retail sales”, “retail sales ex-auto”, dan “initial jobless claims” – keluar lebih baik dari jangkaan.
Walau bagaimanapun, Pound kembali stabil pada paras 1.5705 dalam sesi dagangan petang New York selepas Ahli Bank of England MPC, McCafferty mengatakan beliau akan terus mengundi untuk kenaikan 25 basis point “interest rate”. Kata beliau lagi, umumnya keyakinan para pelabur adalah mapan dan beliau hanya risau tentang ketidak-tentuan ekonomi global dan sejauh mana ianya mempengaruhi pelan peaburan dan peluang pekerjaan. Apabila ditanya adakah beliau mendapati kelemahan ekonomi Euro-Zone memberi kesan buruk kepada para pengeksport, McCafferty berkata memang terdapat tanda kemerosotan eksport akibat dari kelemahan ekonomi Euro-Zone, tetapi beliau tidak ingin mengulas lebih lanjut.
Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari United Kingdom, US Dollar dilihat bakal menguasai pasaran semula dengan data “producer price index” dan “consumer sentiment index” yang dijangkan lebih baik, serta sentimen pelabur yang mula memberi tumpuan kepada mesyuarat FOMC Amerika Syarikat minggu hadapan.
[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://intraday.my/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]