
Para pelabur emas juga memerhatikan pergerakan harga bahan api seperti minyak mentah kerana harganya yang rendah akan melemahkan permintaan terhadap emas. Minyak mentah ditutup sekitar $57.50 pada Jumaat dan dibuka dengan $0.77 “gap down” hari ini. Minggu lalu, emas mendapat permintaan lebih banyak dengan harga tertinggi sekitar $1,238.25 pada Rabu, apabila Dollar jatuh selepas komen dari Presiden Federal Reserve Atlanta yang tidak menyokong kenaikan “interest rate” dalam masa terdekat dan juga krisis ekonomi di Greece; beserta para pelabur yang dilihat mula mengambil untung untuk 2014.
Walau bagaimanapun sentimen “bullish” emas disokong oleh pegangan emas SPDR Gold Trust, dana bursa berasaskan emas, yang meningkat 0.13% kepada 725.75 tan pada Khamis lalu. Trend di pasaran hadapan emas juga menunjukkan peningkatan permintaan dengan “open interest” untuk Februari 2015 sebanyak 231,705 – paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan.




















































