Aussie Dollar terus merudum untuk hari kedua Jumaat lalu, lebih 50 pips untuk ke paras terendah harian sekitar 0.7185 sebelum menutup sekitar paras 0.7190; setelah JP Morgan mengeluarkan kenyataan bahawa Aussie akan mencapai paras terendah sekitar 0.6700 awal tahun nanti sebelum pulih semula ke paras 0.7200 pada akhir tahun depan.
“Terma perdagangan Australia telah jatuh 30% sejak suku ketiga 2011, memberati matawang berasaskan komoditi itu dan KDNK (GDP) hanya pada paras nominal pada tahun-tahun kebelakangan ini. Tetapi bagi 2016, kami tidak mempunyai banyak pilihan dalam profil unjuran kami untuk terma-terma perdagangan, sebahagian besarnya kerana kami melihat harga komoditi utama Australia sebagai kebanyakannya akan berada dalam julat dan jajaran kecil pada tahun akan datang, ” menurut JP Morgan dalam nota kepada pelanggan.
[adrotate group=”6″]
Hari ini Australia bakal melaporkan pendapatan syarikat-syarikat bagi suku ketiga 2015 yang dijangka meningkat dari -1.9% kepada 1.1% dan dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan jualan rumah yang masih dalam pembinaan, yang dijangka meningkat dari -2.3% kepada 1.6%.