Aussie Dollar yang melonjak lebih 40 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar 0.7225 pada awal sesi Asia Rabu semalam, merudum lebih 85 pips sepanjang hari untuk ke paras terendah harian sekitar 0.7135 sebelum menutup sekitar paras 0.7145; walaupun Australia mencatatkan jualan runcit yang memenuhi jangkaan dan imbangan perdagangan yang lebih baik daripada jangkaaan. Kekuatan Dollar ekoran sentimen kenaikan kadar Disember ini mengekang kenaikan Aussie.
Peruncit Australia meneruskan prestasi yang kukuh baru-baru ini, dengan jualan meningkat 0.4% pada bulan September. Hasil disesuaikan mengikut musim adalah sejajar dengan jangkaan dan selari dengan satu lagi peratus pemulihan 0.4% pada Ogos selepas jatuh pada bulan Julai lalu. Walau bagaimanapun, pertumbuhan jualan tahunan susut sedikit kepada 3.6%. Shane Oliver dari AMP Capital berkata, angka menunjukkan perbelanjaan pengguna yang baik, tetapi tidak begitu kuat untuk menyumbang kepada pertumbuhan KDNK suku tahun pada September lalu.
[adrotate group=”6″]
Perbelanjaan barang-barang isi rumah meningkat 1% dengan peralatan elektrik meningkat sehingga 2.2%. Prestasi perdagangan antarabangsa Australia mengatasi jangkaan dengan defisit mengecil kepada $2.3 bilion pada September daripada $2.7 bilion pada bulan Ogos.