Euro Dollar memacu naik lebih 150 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.0970 sebelum menutup sekitar paras 1.0935; selepas bank-bank Greece dibuka semula tanpa sebarang panik di negara itu. IMF dan ECB juga mengumumkan bahawa Greece telah membuat pembayaran balik dan mengelakkan kebangkrapan, sekaligus memeberikan kelegaan kepada pasaran.
Euro merosot ke paras tiga bulan terendah selepas para penganalisis memberi amaran, bahawa mana-mana kenaikan hanyalah bersifat sementara; ekoran perbezaan dasar kewangan antara Federal Reserve AS dan bank-bank pusat yang lain. Mata wang tunggal Eropah masih kuat berbanding sebahagian besar daripada 16 rakan-rakan utamanya, selepas Greece mengesahkan ia akan membuat pembayaran balik kepada Bank Pusat Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa.
“Tema pasaran masih kekal dengan euro yang lemah,” kata seorang ahli strategi pertukaran asing di BNP Paribas di London. Dengan krisis Greece yang sudah pudar, “bukan sahaja ia mencergaskan semula trend perbezaan itu, ia juga membangkitkan jangkaan Fed bakal menaikkan kadar tahun ini. Ini belum benar-benar difaktorkan sepenuhnya ke dalam pasaran.”
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni