Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan naik turun sekitar 90 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 1.0800 ke serendah 1.0710; sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan, pada paras 1.0725; selepas Dollar kembali mendapat permintaan dan Euro pula masih dibayangi krisis ‘Grexit’ yang masih belum ada jalan penyelesaian.
Di pasaran ekuiti Eropah, Index EuroStoxx50 dibuka dengan sedikit gap-up Rabu semalam, walaupun kemelut ekonomi yang berterusan di Greece boleh membawa negara itu kepada bangkrap dan meninggalkan Euro-Zone. Pasaran menjadi semakin tidak menentu ekoran nasib masa depan Greece, namun pasaran ekuiti Eropah masih bergerak lebih tinggi. Walaupun telah jatuh lebih 1700 mata minggu lepas, EuroStoxx50 masih mendapat permintaan ketika ini.
Apa yang menarik untuk para pelabur ialah, ECB akan terus menyuntik €60 bilion sebulan ke dalam sistem kewangan Eropah dan ini sudah pastinya akan menyokong pembelian saham-saham di bursa Eropah. Hari ini, Euro-Zone berserta Jerman dan Perancis sebagai negara teras, bakal melaporkan “manufacturing PMI” yang dijangka lebih baik. PMI Euro-Zone dijangka berada pada 52.6 berbanding 52.2 sebelumnya.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni