Euro Dollar melonjak lebih 100 pips Rabu semalam, hingga mencapai paras tertinggi sekitar 1.1015, sebelum menutup pada sekitar 1.0970; sekaligus menyebabkan kadar tukaran EUR|USD berada di atas pivot hari ini, sekitar 1.0960 ketika artikel ini ditulis. Kadar tukaran EUR|USD dilihat sedang berdepan dengan 50% ‘fibonacci retracement’ dari paras tertinggi bulan lepas ke paras terendah bulan ini. Seterusnya, paras 1.1120 bakal menjadi ‘support turned resistance’ yang dibolosi awal March lalu.
Di pasaran Eropah, penilaian IFO terhadap ekonomi Jerman yang dilihat semakin baik, memberi nafas baru kepada pemegang-pemegang matawang Kesatuan Eropah; walaupun secara umumnya, langkah ECB melancarkan Quantitative Easing (QE) ala Amerika Syarikat Januari lalu, bakal menyusutkan nilai Euro dalam jangka masa panjang. Langkah yang bertujuan menggalakkan eksport itu ditentang keras oleh Jerman, yang lebih pro kepada reformasi ekonomi fiskal.
Hari ini Jerman bakal melaporkan “consumer confidence survey” yang dijangka lebih baik, 9.8 berbanding 9.7 pada sebelumnya. Perancis pula bakal melaporkan GDP tahunannya yang dilaporkan pada 0.4% sebelumnya. Dengan sentimen ‘bearish’ untuk Dollar ketika ini, Euro dilihat berpotensi untuk terus menguasai pasaran; walaupun laporan GDP Amerika Syarikat esok, boleh memberi kejutan.