Euro Dollar melonjak lebih 155 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1130 sebelum menutup sekitar paras 1.1085; selepas Dollar melemah menjelang mesyuarat Federal Reserve awal pagi Rabu nanti. Data Ifo iklim perniagaan Jerman yang lebih baik dari jangkaan juga, turut menyokong belian untuk Euro. Iklim perniagaan Jerman naik kepada 108.0 berbanding 107.5 sebelum ini dan jangkaan 107.6.
Indeks yang meningkat ini menunjukkan, iklim perniagaan kekal pada tahap yang konsisten dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang positif. Penganalisis berkata ini menyokong penilaian Bank Pusat Eropah yang tidak banyak berubah sejak beberapa bulan lalu, walaupun dilanda krisis Grexit. Namun, ramai mengesyaki ECB menjadi lebih prihatin terhadap kejatuhan harga komoditi, yang berkemungkinan menolak jangkaan inflasi Euro-Zone ke paras yang lebih rendah.
Pada masa yang sama, Dollar jatuh secara meluas, selepas penurunan dalam pasaran saham Amerika Syarikat dan kadar pulangan bon jatuh malap, dengan pasaran memberi tumpuan kepada mesyuarat dasar Federal Reserve AS minggu ini. Ia jatuh 0.35% berbanding Yen dengan kejatuhan 7% dalam pasaran saham China yang memberi kesan kepada sentimen risiko global, menurut para pedagang.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni