Euro Dollar yang melonjak lebih 65 pips sepanjang sesi Eropah Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1095, jatuh sekitar 200 pips pada petang New York untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.0895, sebelum menutup sekitar paras 1.0920; setelah Dollar AS mendapat lonjakan apabila kenyataan mesyuarat FOMC mengesahkan pendirian Federal Reserve AS untuk menaikkan kadar pada Disember ini.
“Ia adil untuk mengatakan bahawa konsensus pasaran adalah tidak akan ada perubahan, tetapi jika ada apa-apa risiko, ia akan menjadi ke arah kenaikan, jadi oleh itu, secara intuitif, jika anda diperlukan untuk meletakkan wang tunai anda di suatu tempat, pertaruhan yang paling selamat adalah Dollar, ” kata Bart Wakabayashi, ketua pertukaran asing di State Street Global Markets Tokyo.
[adrotate group=”6″]
Hari ini Jerman bakal melaporkan kadar inflasi yang dijangka bertambah baik dari -0.2% kepada -0.1% dan angka perubahan pengangguran yang berkurang sebanyak 4 ribu dari pertambahan 2 ribu bulan lepas. Sepanyol pula bakal melaporkan kadar inflasi yang berkurang dari -0.9% kepada -0.6%. Malam nanti Amerika Syarikat pula bakal melaporkan GDP yang dijangka berkurang dari 3.9% kepada 1.6% dan tuntutan bantuan pengangguran yang bertambah dari 259 ribu kepada 264 ribu pemohon.