Pound Dollar melonjak lebih 185 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.5190 sebelum menutup sekitar paras 1.5175; setelah Dollar AS melemah ekoran pengambilan untung belian dan pasaran menyusun semula strategi selepas keputusan ECB yang mengejutkan. Sentimen pasaran yang tidak menentu menjelang mesyuarat FOMC minggu depan, juga sedikit sebanyak melemahkan Dollar.
Di pasaran UK, rakyat British sedang menilai kos bagi Brexit dan pada masa yang sama, rakyat Perancis juga tidak akan merasa mudah untuk meninggalkan Euro. Sementara itu, kemenangan di peringkat perbandaran Perancis tidak semestinya akan diterjemahkan kepada pemilihan presiden dalam jangka panjang. Sarkozy dan Hollande, yang merupakan saingan bagi Le Pen, mempunyai masa yang mencukupi untuk menjelaskan kos sekiranya Perancis keluar dari Euro-Zone.
[adrotate group=”6″]
Hari ini Majlis MPC Bank of England bakal mengundi untuk kenaikan kadar disamping menyiarkan pelbagai laporan tentang keadaan semasa dan pandangan masa depan ekonomi UK. Dalam mesyuarat lalu, satu undian diperolehi untuk menaikkan kadar berbanding lapan yang memilih untuk mengekalkannya pada 0.5%. Amerika Syarikat pula akan melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka menurun dari 269 ribu kepada 266 ribu pemohon, serta harga import yang dijangka terus jatuh dari -0.5% kepada -0.8%.