Pound Dollar yang jatuh lebih 50 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Jumaat lalu, untuk mencecah paras terendah harian sekitar 1.5465, kembali memacu naik lebih 125 pips untuk mencecah paras tertinggi sekitar 1.5595 sebelum menutup sekitar paras 1.5555; selepas Pound kembali mendapat permintaan walaupun tiada berita ekonomi dari UK dan data ekonomi AS pula memberansangkan.
Pound telah meningkat lebih 365 pips minggu lepas ekoran spekulasi bahawa Bank of England bakal menjadi bank pusat kedua yang akan menaikkan “interest rate” selepas Federal Reserve Amerika Syarikat. Walaupun masa kenaikan di jangka sekitar 2016, para pelabur telah mula membeli Pound untuk simpanan jangka masa panjang. Lagipun dengan kadar sedia ada, 0.5%, ianya sudah cukup untuk satu strategi ‘carry trade’ berbanding 0.25% yang dibayar oleh Feds.
Dalam pada itu, kebimbangan terhadap Greece terus membina selepas Tabung Kewangan Antarabangsa menghentikan rundingan ‘bailout’ dengan negara bermasalah itu sambil memetik kekurangan kemajuan daripada rundingan, manakala pemimpin Eropah mencadangkan rundingan telah hampir ke garisan penamat. Pengeluaran Greece dari Euro-Zone boleh memberi kesan kepada nilai Euro dan pemulihan ekonomi UK, kerana Euro-Zone merupakan rakan dagang terbesar UK.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni