Pound Dollar melonjak lebih 80 pips Khami semalam untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.5010, sebelum merudum semula lebih 140 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4865 dan kemudiannya menutup sekitar paras $1.4900; setelah laporan jualan runcit UK dilaporkan lebih baik dari jangkaan, tetapi tidak mampu melawan Dollar AS yang lebih kukuh selepas kenaikan kadar Feds yang pertama dalam hampir 10 tahun.
Di pasaran UK, Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) melaporkan bahawa jumlah yang dibelanjakan oleh pembeli meningkat sebanyak 1.4% pada bulan November berbanding Oktober, dan juga meningkat 1.4% daripada bulan yang sama pada tahun sebelumnya. Nilai jualan dalam talian meningkat sebanyak 4.9% pada November daripada bulan Oktober, dan adalah 12.7% lebih tinggi berbanding tahun lepas. Para peruncit boleh melihat beberapa kesan positif selepas promosi ‘Black Friday’ yang membawa pembeli untuk berbelanja lebih awal dari yang selalunya berlaku pada bulan Disember.
[adrotate group=”6″]
Pada masa yang sama, “trend jualan nampaknya sudah bersedia untuk kekal kukuh menjelang 2016,” menurut Chris Williamson, Ketua Ahli Ekonomi di Markit. Beliau menambah bahawa perbelanjaan tidak hanya dipandu oleh diskaun. “Pengguna mendapat manfaat daripada jaminan pekerjaan yang lebih baik, kadar inflasi yang rendah dan kejatuhan harga tenaga yang membantu menurunkan kos dan harga barangan; sekaligus meningkatkan jualan runcit.” tambah beliau lagi.