Pound Dollar terus melonjak lebih 130 pips Jumaat lalu, dalam dagangan bercampur-campur, dari paras tertinggi sekitar 1.5055 ke serendah sekitar 1.4915; sebelum menutup sedikit tinggi dari pembukaan, terkesan dari penjualan Dollar yang berterusan sepanjang minggu lepas. US Dollar Index menyusut hampir 2% sekaligus menaikkan nilai Pound, disamping data dari pasaran buruh UK yang dilapor memberansangkan.
Bilangan pekerja di UK meningkat sebanyak 248 ribu dari bulan November hingga 31.05 juta dalam tempoh tiga bulan hingga Februari lalu. Akibatnya, kadar pekerjaan meningkat kepada 73.4%, yang tertinggi sejak tahun 1971. Pendapatan purata kakitangan meningkat 1.7% termasuk bonus, tetapi lebih perlahan daripada kenaikan 1.8% yang dijangkakan oleh pakar ekonomi. Tidak termasuk bonus, pendapatan meningkat 1.8% dalam tempoh tiga bulan hingga Februari.
Data yang dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan UK (ONS) pada hari Jumaat lalu, menunjukkan kadar pengangguran dalam tiga bulan hingga Mac, menurun kepada 5.6% seperti yang diharapkan, daripada 5.7% pada bulan Februari. Dengan sedikit kelonggaran yang masih terdapat di dalam pasaran buruh, dan pertumbuhan gaji yang belum lagi mengancam sasaran inflasi 2%, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank of England dilihat tiada sebab untuk memperlahankan perkembangan ekonomi.
Perdana Menteri Cameron sedang berjuang untuk menjadikan pasaran pekerjaan yang menggalakkan sebagai suatu sebab untuk mengundi Parti Konservatif, yang terus bertegang-urat dengan pembangkang Parti Buruh, tiga minggu sebelum rakyat Britain keluar mengundi. Dengan inflasi pada sifar, pengguna sedang menikmati pertumbuhan pendapatan yang paling berterusan sejak krisis kewangan 2008. Bank of England dijangka mengekalkan “interest rate” pada rekod terendah dalam sejarah, 0.5%, sehingga 2016.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni