Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5525 ke serendah 1.5465; setelah ia mencari sedikit sokongan daripada kenaikan dalam data “mortgage” BBA UK. Pada hari Khamis, jualan runcit British pada Jun mengecewakan, tetapi beberapa penganalisis berpendapat ia tidak mencukupi untuk memberi tamparan kepada jawatankuasa dasar BoE, yang kebanyakannya mungkin cenderung ke arah mengundi untuk kenaikan “interest rate” pada bulan depan.
“Kami mengekalkan pandangan kami terhadap sterling yang “bullish” menuju ke mesyuarat MPC pada Ogos,” menurut Morgan Stanley. “Kami mengekalkan pembelian Sterling dan penjualan Kroner Norway dan penjualan Euro buat masa ini.” tambah mereka lagi. Sterling susut berbanding Dollar pada hari Jumaat, berada pada prestasi mingguan terendahnya dalam tiga minggu, selepas data baru-baru ini mengecewakan dan kejatuhan harga minyak menimbulkan pelbagai keraguan tentang masa untuk Bank of England menaikkan “interest rate”.
Minggu lalu, Gabenor Mark Carney mencadangkan “interest rate” boleh mula meningkat sekitar awal tahun depan, manakala ahli jawatankuasa dasar monetari David Miles, salah seorang penyokong kuat rangsangan ekonomi sebelum ini, berkata dalam satu temu bual yang disiarkan minggu lepas, bahawa masa untuk kenaikan “interest rate” semakin hampir.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni