Pound Dollar merudum lebih 185 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 1.4895 sebelum menutup sekitar paras 1.4950; setelah PMI Pembinaan UK dilaporkan kukuh tetapi lebih rendah daripada jangkaan. Pertumbuhan dalam industri pembinaan Britain turun ke paras tujuh bulan terendah pada bulan November, terkesan dari pengembangan yang paling lemah dalam aktiviti perumahan sejak pertengahan tahun 2013, menurut satu kajian yang mencadangkan bahawa sektor ini akan terus memberati ekonomi UK.
Indeks Markit/CIPS PMI Pembinaan UK jatuh kepada 55.3 daripada 58.8 pada bulan Oktober, jauh di bawah ramalan yang paling rendah dalam undian ahli ekonomi Reuters yang meramalkan bacaan 58.2. Pemulihan ekonomi Britain mula perlahan dari Julai hingga September, dikekang oleh penurunan 2.2% dalam sektor pengeluaran pembinaan. Kajian semalam tidak memberikan petanda yang baik bagi peningkatan dalam tiga bulan terakhir tahun ini. Pengembangan aktiviti perumahan jatuh ke paras terendah sejak Jun 2013, manakala pertumbuhan seluruh sektor pembinaan komersil dan kejuruteraan awam juga mula perlahan.
[adrotate group=”6″]
Hari ini United Kingdom bakal melaporkan PMI Perkhidmatan bulan November yang dijangka bertambah baik dari 54.9 kepada 55.1 dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 260 ribu kepada 269 ribu, disamping ISM PMI perkhidmatan yang dijangka menurun dari 59.1 kepada 58.1, serta pesanan perkilangan yang dijangka meningkat dari -1.0% kepada 1.2%. Pada masa yang sama, Pengerusi Feds Janet Yellen bakal memberi testimoni kepada kongres Amerika tentang keadaan ekonomi semasa kuasa ekonomi terbesar dunia itu.