Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar $9.90/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,068.70/oz ke serendah $1,058.80/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,060.85 yang lebih rendah dari pembukaan sekitar $1,060.35/oz; menjelang permulaan mesyuarat FOMC Federal Reserve yang terakhir untuk tahun ini. Emas bakal menjadi mangsa Feds AS, menurut Societe Generale dalam laporannya kepada pelanggan.
Pakar meramalkan bahawa harga emas akan melihat satu kenaikan ringkas pada awal tahun depan, kemudian diikuti oleh kejatuhan semula, jika Federal Reserve AS mengangkat kadar untuk kali pertama dalam tempoh sembilan tahun, pada 16 Dec ini. Tetapi penceramah pada Persidangan Emas Tahunan ke-10 di Shanghai, China pada minggu lepas; telah berbelah-bagi sama ada logam berharga itu telah merncapai harga dasar dan mencadangkan ia mungkin boleh mula mencatatkan kenaikan harga yang lebih mampan.
[adrotate group=”6″]
Emas telah merudum terkesan dari krisis global dalam pasaran komoditi yang menyaksikan harga tenaga, logam, mineral dan bahan makanan jatuh secara mendadak dalam tempoh 18 bulan yang lalu. Ini telah disebabkan sebahagiannya oleh kelembapan dalam pembangunan dan pembinaan infrastruktur China, tatkala bekalan komoditi yang baru masuk ke dalam pengeluaran. Harga jongkong emas mungkin akan jatuh ke paras $955/oz pada akhir 2016, apabila Feds AS meningkatkan kos pinjaman minggu ini dan dengan tiga kenaikan pada tahun depan, menurut ketua peruntukan aset global Societe Generale Alain Bokobza.