Emas berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pergerakan tidak melebih $10/troy oz; berikutan pasaran Amerika Syarikat yang tutup bercuti sempena hari presiden. Harga yang awalnya meningkat lebih $8 untuk mencapai $1,236.70 pada sesi Asia, jatuh semula disebabkan kegiatan pedagang mengambil untung belian. Ketika artikel ini ditulis, harga telah pun berada dibawah pivot mingguan sekitar $1,230.35
Emas dijangka mendapat permintaan berterusan berikutan krisis “Grexit” yang semakin hangat. Keengganan Greece tunduk kepada sebarang perintah ‘troika’ berkenaan hutang luarnya, menyebabkan nilai Euro jatuh. Euro Yen menjunam lebih 150 pips, Euro Dollar dan Euro Aussie menjunam lebih 100 pips; sebaik sahaja berita tersebut disiarkan media. Menurut penganalisa Commerzbank, Daniel Riesman, Emas mendapat permintaan apabila data ekonomi Amerika Syarikat meleset, dan dengan situasi “Grexit” yang semakin hangat ianya mendapat sokongan kukuh.
Spekulasi pasaran tentang masa kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat dan juga United Kingdom yang mendominasi pasaran, menyebabkan para pelabur dan pengurus dana mempunyai pandangan yang bercampur-campur. Para pedagang pula yang rata-rata tidak mempercayai Feds dapat menaikkan “interest rate” tahun ini, disebabkan faktor ekonomi yang masih tidak kukuh dan stabil; mula mengambil sikap tunggu dan lihat, sekaligus menjadikan pasaran ‘ranging ‘.