Harga emas merudum lebih $58/oz dalam masa sejam Isnin semalam, untuk jatuh ke paras terendah harian sekitar $1,071.55 sebelum mendapat sokongan belian dan menutup lebih tinggi sekitar paras $1,096.60; selepas para pedagang mencari pelaburan berisiko yang lebih tinggi apabila sentimen pasaran beralih kepada ‘risk-on’ ekoran krisis China, Greece dan Iran telah pun di belakang kita.
Emas mengurangkan kerugian selepas jatuh sebanyak 4% kepada paras terendah dalam lebih daripada lima tahun pada hari Isnin, selepas penjual besar China menjual logam berharga tersebut dalam beberapa minit, apabila status ‘safe-haven’ emas itu mengalami kejatuhan baru, kesan dari jangkaan kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat.
China berkata pada hari Jumaat bahawa rizab emasnya telah naik 57% pada 1,658 tan pada akhir Jun, semenjak ia meselaraskan angka rizabnya lebih daripada enam tahun yang lalu. “Ini bermakna stok simpanan adalah kira-kira 100 tan setahun, lebih rendah daripada jangkaan pasaran,” menurut penganalisis Citigroup.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni