Emas yang mencapai paras tertinggi sekitar $1,305.40 pada sesi pembukaan New York Rabu semalam, menyusut lebih $20 sebelum mendapat sokongan belian, diparas pivot harian sekitar $1,280/troy oz. Para pedagang dilihat mula mengambil untung dari harga belian yang telah meningkat lebih dua minggu berturut-turut, untuk bersedia dengan mensyuarat ECB hari ini.
Pasaran dilihat mula mencari aset “safe-haven” bagi melindungi pelaburan mereka dari risiko kelemahan Euro gara-gara “Quantitative Easing” (QE) yang dijangka diumumkan oleh ECB. Walaupun pasaran secara umumnya telah pun mengambil kira faktor tersebut, tetapi jumlah bon baru yang bakal diterbitkan masih menjadi tanda tanya. Majoriti para penganalisa menjangkakan, terbitan bon disekitar 500-600 bilion Euro, walaupun terdapat spekulasi yang ianya mungkin mencecah 800 bilion Euro.
Minggu hadapan pula, Federal Reserve akan bermesyuarat dan melaporkan perkembangan ekonomi AS dimana Presiden Janet Yellen dalam kenyataan sebelum ini, mengatakan adalah sukar untuk menaikkan “interest rate” lebih awal dari April ini, lantaran laporan data-data ekonomi yang tidak begitu memberansangkan baru-baru ini. US Dollar Index Rabu semalam menjunam lebih 100 mata, ke serendah 92.35, ekoran kegiatan mengambil untung, sebelum disokong semula pada petang sesi dagangan New York.