Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar $13/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,109.90/oz ke serendah $1,101.05/oz; selepas para pedagang mengambil untung jualan dari kejatuhan pada hari Isnin. Emas susut lebih daripada 4% kepada serendah sekitar $1,071.55/oz dalam perdagangan awal pada hari Isnin, sebelum kembali mendapat sokongan belian di sepanjang sesi dagangan.
Reuters melaporkan bahawa harga emas jatuh ke paras terendah dalam masa lima tahun pada hari Isnin, dan pada satu ketika jatuh 4% kesan dari jualan agresif daripada China; manakala Dollar AS mencecah paras tiga bulan tertinggi, ekoran jangkaan “interest rate” AS yang lebih tinggi. Pasaran ekuiti mencatatkan kenaikan yang sederhana, dengan fokus kepada musim laporan pendapatan syarikat.
Penjualan dramatik emas datang dalam masa beberapa minit di Shanghai. Lebih daripada 33 tan emas, bernilai kira-kira $1.3 bilion, diniagakan dalam masa dua minit. Alasan yang tepat untuk jualan adalah tidak jelas. Kekuatan mata wang AS dan jangkaan kadar AS yang lebih tinggi telah melemahkan harga emas dan logam berharga, manakala penganalisis juga mengambil perhatian bahawa China telah mengimport jumlah emas pada tahun 2013, yang telah mewujudkan keadaan lebihan bekalan.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni