Harga emas meningkat lebih $13/oz Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar $1,184.35/oz sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan sekitar paras $1,193.90 ;terkesan dari penjualan Dollar ekoran spekulasi kenaikan “interest rate” AS seawal Jun mula pudar, selepas pelbagai data kuasa ekonomi terbesar dunia itu, mula menunjukkan tanda-tanda penguncupan.
Di pasaran global, Bloomberg Intelligence melaporkan bahawa China berkemungkinan telah meningkatkan simpanan rizab emasnya 3 kali ganda, kepada 3,510 tan metrik, sejak ia melaporkannya untuk umum pada April 2009. Keadaan ini sekiranya benar, bakal meletakkan China ditempat ketiga selepas Amerika Syarikat dan Jerman. China dalam usaha untuk meletakkan Yuan sebagai antara matawang yang diterima pakai dalam “Special Drawing Rights” (SDR) IMF, dijangka mengumumkan simpanannya lewat tahun ini.
Ketika ini SDR terdiri daripada US Dollar, Euro, Yen dan Sterling. Ia membuktikan China sebagai kuasa baru, bila Yuan berada di bawah pertimbangan IMF sebagaimana ia melancarkan AIIB yang nampaknya sudah bersedia untuk bersaing dengan IMF dan Bank Dunia baru-baru ini. Kali terakhir China mengumumkan pegangan emasnya, adalah pada April 2009, apabila pegangan mereka menjadi dua kali ganda kepada 1,054 tan metrik. Pengumuman itu mengejutkan pasaran ketika itu, dan berkemungkinan menjadi faktor yang menyebabkan harga emas mula melambung pada tahun 2009.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni