Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar $16/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,105.10/oz ke serendah $1,088.45/oz; selepas Dollar mengalami kejatuhan ekoran kadar pulangan bon AS yang kembali malap. Dollar AS jatuh 76 mata selepas para pedagang tertanya-tanya mengenai mesyuarat Feds dan keputusan pada awal pagi Khamis.
Logam berharga jatuh kepada paras terendah dalam masa lebih lima tahun pada minggu lepas, dan menuju kejatuhan bulanan terbesar dalam tempoh dua tahun kerana Federal Reserve dijangka menaikkan “interest rate” pada separuh kedua tahun ini. Emas turun lebih daripada 7% pada tahun ini dan sentimen spekulator AS bertukar menjadi paling lemah, sejak kerajaan mula mengesan data pada tahun 2006.
Pengerusi Feds Janet Yellen mengulangi dalam keterangannya kepada Kongres AS awal bulan ini bahawa, bank pusat AS masih di landasan yang betul untuk menaikkan “interest rate” buat kali pertama dalam hampir satu dekad. Komen beliau adalah selaras dengan kenyataan dasar FOMC baru-baru ini dan ucapan beliau yang diadakan pada 10 Julai; apabila beliau menekankan kelemahan yang berterusan dalam pasaran buruh AS.
Namun begitu, beliau juga melahirkan keyakinan bahawa ekonomi Amerika Syarikat akan terus berkembang kukuh pada tahun 2015, sekaligus membantu meningkatkan pasaran pekerjaan.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni