Harga emas turun lebih $15/oz Rabu semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1,195.60/oz untuk mencapai serendah sekitar $1,179.45/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,185.05; setelah risiko hutang Greece mula reda dengan tanda-tanda perjanjian bakal dicapai dalam masa terdekat. Pada masa yang sama, sentimen pelabur masih lemah disebabkan oleh aliran keluar dari dana yang disokong emas.
Emas susut 0.2% selepas mendaki 0.4% pada Selasa. Para pedagang berkata lonjakan semalaman emas adalah sangat mengecewakan walaupun Dollar turun mendadak dan data perkilangan AS yang lemah, yang sepatutnya menambahkan permintaan untuk aset ‘safe-haven’ seperti emas. “Langkah itu mengecewakan berikutan persekitaran Dollar yang lemah,” kata penganalisis di ScotiaMocatta.
Emas jatuh daripada paras tertinggi 3 bulan yang dicapai pada pertengahan Mei, apabila pelabur besar di pasaran hadapan seperti “hedge-fund” dan pengurus dana mengurangkan kedudukan belian mereka pada minggu lepas. Menurut komitmen mingguan para pedagang oleh Komoditi Suruhanjaya Perdagangan Hadapan (CFTC), asas bersih “hedge-fund” kini membeli 7.3 juta auns, turun 16% dari minggu sebelumnya, hampir 10 juta auns lebih rendah dari paras bulan Januari tahun ini.






![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-75x75.png)







![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)






































![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-120x86.png)


