Harga emas jatuh untuk hari kedua, lebih $11.70/oz Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,121.90 sebelum menutup sekitar paras $1,125.20; setelah kejatuhan dalam pasaran niaga hadapan emas atas sebab trend global yang lemah sebelum laporan NFP malam nanti, yang boleh menawarkan petunjuk mengenai sama ada ekonomi AS sudah cukup kukuh untuk kenaikan kadar selepas data pekerjaan swasta menunjukkan peningkatan pengambilan pekerja.
Data senarai gaji AS swasta pada Rabu mencadangkan momentum pasaran buruh dijangka kekal cukup kuat untuk Feds mempertimbangkan kenaikan kadar pada tahun ini. Laporan NFP malam nanti akan menjadi tumpuan untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk. “Emas sedang menunggu data NFP untuk petanda sentimen Feds pada mesyuarat FOMC bulan ini. Oleh itu, pasaran mungkin bergerak mendatar sehingga angka tersebut disiarkan,” menurut penganalisis HSBC James Steel.
[adrotate group=”6″]
Bank pusat AS telah menambat kemungkinan untuk kenaikan kadar kepada kekuatan data ekonomi. Laporan NFP yang kukuh boleh mendorong Feds untuk meningkatkan kadar lebih awal. Pedagang emas kekal berhati-hati dalam mengambil pegangan baru sehingga mereka lebih jelas sama ada Fed akan menaikkan kadar pada mesyuarat 16-17 September ini.
Pasaran komoditi mencatatkan kejatuhan apabila dolar AS mengukuh selepas para pelabur menjangkakan mesyuarat Bank Pusat Eropah sedikit negatif semalam dan laporan NFP yang dijangka kukuh malam nanti. Data pekerjaan dan perkilangan AS pula dilaporkan lemah walaupun ekonomi mengupah lebih ramai pekerja pada bulan lepas berbanding Julai, dan produktiviti suku kedua meningkat lebih daripada anggaran.