Emas terus susut sekitar $10/oz Rabu semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1,208.91, setelah data ekonomi AS – “non-manufacturing PMI” dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 56.9 berbanding 56.5 dan 56.7 pada sebelumnya. Walaupun pada awalnya data “ADP employment change” sedikit mengecewakan pasaran, data PMI yang lebih baik mendorong para pelabur terus membeli Dollar.
Presiden Feds, Janet Yellen dalam satu kenyataan media mengatakan, adalah menjadi tanggungjwab Federal Reserve untuk memastikan bank-bank wall street patuh kepada undang-undang didalam industri kewangan. Para penggubal undang-undang AS tidak perlu berasa takut untuk mengatakan yang benar.
Komen ini adalah ekoran soal-siasat jawatankuasa senat Amerika Syarikat pada November ini, berikutan tuduhan bekas pegawai Feds New York, Carmen Segarra yang mengatakan Feds telah terlalu berlembut dengan Kumpulan Perbankan Goldman Sachs. Pn Yellen sedikit pun tidak menyentuh tentang “interest rate” atau ekonomi AS.
Di pasaran jongkong emas, para pedagang mengatakan permintaan semakin baik, ekoran penggunaan yang meningkat di China dan musim perkahwinan di India. China dan India yang merupakan 2 pengguna terbesar emas dunia, banyak mempengaruhi harga pasaran. Kejatuhan harga emas dilihat sebagai peluang baik untuk bank-bank pusat dunia meningkatkan simpanan emas mereka.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni